Tuesday, 29 October 2013

pelayaran


bagaikan belayar seorang diri ke destinasi yang tiada penghujungnya..
aku terkapai-kapai mencari bantuan..
tiada siapa yan mahu membantuku..
sahabat yang sejati belum ku temui,yang sanggup bersamaku kala senang ataupun susah..
aku masih mencari sesuatu yang menenangkan..
aku mencari sesuatu yang tak dapat di gambarkan keindahannya..
suatu ketika..
aku dipukul ombak badai yang menghancurkan sampan pelayaranku..
dan ketika itu..
kulihat segenap cahaya yang memancar menyilaukan pandanganku..
cahaya itu datang membantuku..
di setiap sujudku..
ku lihat cahaya yang sama mendatangiku..
itulah cahaya hidayah Illahi..
aku berusaha sekeras yang mampu..
untuk aku memiliki cinta Illahi..
sentiasa merindui manisnya iman..
mengharap keredhaanNYA..
agar aku ditempatkan di syurga yang tak tergambar keindahannya..

beberapa minit..


Allahu..sayunya hati tengok muka diorang ni semua...untung mereka sebab dipilih oleh Allah untuk sambung belajar kat dana kan..x pe lah..Allah tahu apa yang terbaik untuknya umatnya..just yakin je yang Allah akan bagi yang terbaik..

beberapa minit yang lepas sahabat2 yang nk ke mesir dh pun berlepas..sama2 kita doakan keselamatan mereka ye...huhuhu..nk ngis air mata ni dah tak mamapu nak keluar lagi..ye lah dah banyak sangat menangis..ape pon tak boleh la kan..

ingat tak ada lagu ni "jangan kau ucap selamat tinggal"..sapa yang nyanyi pon merah tak ingat..tapi betul la..x yah la kita ucap selamat tinggal..sebab In Sya Allah kita akan berjumpa lagi..merah cuma dapat cakap selamat maju jaya untuk sahabat2 semua..harap mereka kuat berada di negara orang..hujan emas di negeri orang..jadi rebutlah sebanyak-banyak emas yang ada kat sana..emas tu bermaksud..ilmu..sebab negara sana kan banyak lahirnya ulama2 yang tersohor dunia macam Yusof Al-Qardhawi..

Allah..
mohon diberi kekuatan,ketabahan,dan juga semangat jihad dalam menuntut ilmu kepada mereka..dan juga buat diri ini agar sentiasa optimis dalam pemikiran...bersangka baiklah kepada Allah..kerana apa yang kita sangkakan itulah yang akan diberi oleh Allah kepada kita..Allah itu tak kejam kepada hambanya..

kalu boleh setiap hari kita cuba untuk memperdalami cinta Allah..kerana kita hidup sekarang ni atas cinta Allah..siapalah kita ini tanpaNYA..tanamkan cinta bukan untuk manusia sahaja tapi untuk pencipta manusia..iaitu Allah yang Maha Kuasa..

ok chaw dlu yo.. :)

#..renungi dengan mata hati, berfikir dengan akal kurniaan Illahi..#


Saturday, 26 October 2013

JUMPA LAGI!!

tinggal beberapa hari je lagi diorang sume nak berangkat..
wahai semangat!!! bangkitlah jangan mengalah dan berputus asa.. let it go okay..you can do it..i know you strong..please!!! don't give up okay..

kawan2 sume..jaga diri elok2 okay kat bumi anbiya sana..pastikan korang sume bawak balik segulung ijazah untuk mak ayah korang..pastikan korang berjaya ye..doakan sahabat mu yang di sini terus semangat..walaupun rasa macam dah tak ada harapan untuk teruskan hidup..tapi amal pun tak banyak kalau nak mati..

Allah itu lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya..bersyukurlah kamu menjadi hamba yang dipilih untuk menjejakkan kaki di sana..


BYE-BYE EVERYBODY..I'LL MISS YOU ALL..


Thursday, 10 October 2013

ALLAHU

استغفر الله, استغفر الله, استغفر الله



ALLAHU 
izinkan lidahku
pertama menyebut namaMu...
sebelum mataku terlena...
pertama juga...
mengungkap namaMu...
setelah ku terjaga semula...

ALLAHU
izinkan hatiku berlari
menyahut panggilan Mu
tatkala azan berkumandang
tetap kumerangkak datang
biarpun tika ku kesakitan
kerana aku tidak rela
hidup dalam kerugian

DUHAI ALLAHKU...
izinkan bibirku...
basah membaca Quran Mu...
isinya segar sepanjang zaman...
kerana aku tak rela...
hidup dalam kebosanan...
bila hati jemu dengan kebenaran...

OH..DUHAI...ALLAHKU...
bantulah aku...
memiliki hati yang berperasaan...
hati yang merasai...
pentingnya mengekspresikan cinta...
kepada Tuhan...




sumber: Ustazah Fatimah Syarhah

:: renungi dengan mata hati, berfikir dengan akal kurniaan Illahi ::