Thursday, 19 December 2013

MENDIDIK JIWA :'(




"Ya Allah, Tuhanku, bantulah hamba-Mu dalam mendidik jiwa ini.."





Kdng2 sushnya nak bangun solat malam,sedekah, berbakti kepada ibu bapa,baca Quran walaupun satu muka surat..sntiasa bercakap benar... Betul tak??
macam tu jugaklah kita nak tinggalkan maksiat..


Mungkin dah terlalu banyak maksiat yang dah bergunung kita lakukan sampaikan kita susah sangat nak buat amal soleh..Sepatutnya kita tanya pada diri kita ni.."أسأل نفسنا"  "kenapa susah sangat aku nak buat kebaikan???"
Sebenarnya Allah ada jawab dalam firman-Nya surah Al-baqarah ayat 45 yang bermaksud "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat kecuali bagi orang yang khusyuk"..


Kalau kita buat dengan khusyuk mesti senang nak tinggalkan maksiat , senang nak buat amal kebajikan and always brsikap tenang dalam melakukan segala sesuatu apatah lagi bila musibah menimpa diri..kita akan rasa nikmatnya musibah yang datang kat kita..bukan senang je mnjadi nikmat malahan musibah juga mnjadi satu nikmat yang mana kita akan lebih merasai kemanisan iman yang prnh hilng dr diri kita..


tapi yang menjadi masalhnya.....macam mana kita nak khusyuk!!!  Betul tak???

Allah ada lagi bagi jawapannya pada ayat selepasnya surah al-Baqarah ayat 46..
yang bermaksud " mereka yang yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan-Nya, dan mereka akan kembali kepadanya.."


Jalan keredhaan Allah hanya dibuka kepada mereka yang benar2 ingin mujahadah keluar dari penjara dan juga kekangan nafsu yang sentiasa membelenggu diri mereka..
Allah berfirman dalam surah Al-Ankabut  ayat 69 yang bermaksud : " Dan orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami , Kami akan tunjuk kepada mereka jalan2 Kami . Dan Allah bersama orang2 yang berbuat baik.."


Mohonlah pada Allah agar dianugerahkan sifat2 seperti sifatnya Rasulullah SAW..dan mohonlah kepada Allah agar diberi hati yang suci dan baru walaupun ketika itu kita sudah tidak mempunyai hati. Mohonlah kepada Allah agar tidak membolak-balikkan hati ini selepas diberi hidayah.


***RENUNGI DENGAN MATA HATI, BERFIKIR DENGAN AKAL KURNIAAN ILLAHI***

Tuesday, 10 December 2013

Negeri orang


assalamualaikum semua.. :D mcm ade je yg bace blog ni..
negeri orang??..ohh tidak..memang agak janggal untuk kita biasakan diri..tapi kita kene jugak biasakan diri dgn apa rutin harian di negeri orang..

I'M NEW AT KELANTAN!!!
seronok??..buat masa ni biasa2 je rasanya..ye la baru sebulan merah bermastautin di sini..yang paling janggaal merah rasa kat cni, bila hari cuti..ye la kat negeri sendiri cuti ahad dan sabtu..when i arrived kat kelantan ni..hari2 mesti tnye kat kawan.."hari ni hari ape ye?"...agak lucu la,mcm org yg alzheimer pulak..wakaka..cuti jumaat dan sabtu rasa mcm sekejaaap je..

Yang paling best kat cni bila disebut tntg ukhuwah..ukhuwah diorng mmg best..diorng x pnah kedekut ngn org..wlupon dgn org yg baru knal..like me!! ^_^

sesat!!!!!!!!
hari jumaat merah ngn sorg kwn yg senegeri pegi lah jalan2 kat kota bharu..smgt ni nk jln2 kat negeri org!!..hehehe..wahh..jln PEGI nk ke kota bharu tu punya lh sng kitorg kata..sbb nye skjap je dh smpi..mmg benar apa yg dikatakn org2..KELANTAN BUMI SERAMBI MEKAH..
disebabkn berlagaknya kitorg ni..
dalam prjlnn nak balik ke ketereh...ohhhh tidakk!!..mana satu jalan ni??..belok sana..belok sini..x jumpa langsung jalan nk ke ketereh..selama 1JAM..kitorng x jumpa jln nk balik semula hostel..punyalah jauh kitorng sesat..smpi nk ke rantau panjang...huahuahua..mmg nk mngis mase tu..semua prasan ade..sedih,stress...naik pning kpala ni..last skali kitorng balik smula ke KB..selawat bnyk2..then we find the way..!!!..wawawaa..alhamdulillah leganya perasaan mse tu..

the lesson for us..jgn jd org yg brlagak!..
inilah pnglmn prtama merah brada di negeri org..ni baru sebulan..blum 4 taun lg..wakaka...alhamdulillah Allah beri sahabat yg sntiasa brsama dikala ku senang dan susah..
wish me luck guys..tu je yg nk di ceritakan..

ASSALAMUALAIKUM.. ^_^ :) 

Tuesday, 29 October 2013

pelayaran


bagaikan belayar seorang diri ke destinasi yang tiada penghujungnya..
aku terkapai-kapai mencari bantuan..
tiada siapa yan mahu membantuku..
sahabat yang sejati belum ku temui,yang sanggup bersamaku kala senang ataupun susah..
aku masih mencari sesuatu yang menenangkan..
aku mencari sesuatu yang tak dapat di gambarkan keindahannya..
suatu ketika..
aku dipukul ombak badai yang menghancurkan sampan pelayaranku..
dan ketika itu..
kulihat segenap cahaya yang memancar menyilaukan pandanganku..
cahaya itu datang membantuku..
di setiap sujudku..
ku lihat cahaya yang sama mendatangiku..
itulah cahaya hidayah Illahi..
aku berusaha sekeras yang mampu..
untuk aku memiliki cinta Illahi..
sentiasa merindui manisnya iman..
mengharap keredhaanNYA..
agar aku ditempatkan di syurga yang tak tergambar keindahannya..

beberapa minit..


Allahu..sayunya hati tengok muka diorang ni semua...untung mereka sebab dipilih oleh Allah untuk sambung belajar kat dana kan..x pe lah..Allah tahu apa yang terbaik untuknya umatnya..just yakin je yang Allah akan bagi yang terbaik..

beberapa minit yang lepas sahabat2 yang nk ke mesir dh pun berlepas..sama2 kita doakan keselamatan mereka ye...huhuhu..nk ngis air mata ni dah tak mamapu nak keluar lagi..ye lah dah banyak sangat menangis..ape pon tak boleh la kan..

ingat tak ada lagu ni "jangan kau ucap selamat tinggal"..sapa yang nyanyi pon merah tak ingat..tapi betul la..x yah la kita ucap selamat tinggal..sebab In Sya Allah kita akan berjumpa lagi..merah cuma dapat cakap selamat maju jaya untuk sahabat2 semua..harap mereka kuat berada di negara orang..hujan emas di negeri orang..jadi rebutlah sebanyak-banyak emas yang ada kat sana..emas tu bermaksud..ilmu..sebab negara sana kan banyak lahirnya ulama2 yang tersohor dunia macam Yusof Al-Qardhawi..

Allah..
mohon diberi kekuatan,ketabahan,dan juga semangat jihad dalam menuntut ilmu kepada mereka..dan juga buat diri ini agar sentiasa optimis dalam pemikiran...bersangka baiklah kepada Allah..kerana apa yang kita sangkakan itulah yang akan diberi oleh Allah kepada kita..Allah itu tak kejam kepada hambanya..

kalu boleh setiap hari kita cuba untuk memperdalami cinta Allah..kerana kita hidup sekarang ni atas cinta Allah..siapalah kita ini tanpaNYA..tanamkan cinta bukan untuk manusia sahaja tapi untuk pencipta manusia..iaitu Allah yang Maha Kuasa..

ok chaw dlu yo.. :)

#..renungi dengan mata hati, berfikir dengan akal kurniaan Illahi..#


Saturday, 26 October 2013

JUMPA LAGI!!

tinggal beberapa hari je lagi diorang sume nak berangkat..
wahai semangat!!! bangkitlah jangan mengalah dan berputus asa.. let it go okay..you can do it..i know you strong..please!!! don't give up okay..

kawan2 sume..jaga diri elok2 okay kat bumi anbiya sana..pastikan korang sume bawak balik segulung ijazah untuk mak ayah korang..pastikan korang berjaya ye..doakan sahabat mu yang di sini terus semangat..walaupun rasa macam dah tak ada harapan untuk teruskan hidup..tapi amal pun tak banyak kalau nak mati..

Allah itu lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya..bersyukurlah kamu menjadi hamba yang dipilih untuk menjejakkan kaki di sana..


BYE-BYE EVERYBODY..I'LL MISS YOU ALL..


Thursday, 10 October 2013

ALLAHU

استغفر الله, استغفر الله, استغفر الله



ALLAHU 
izinkan lidahku
pertama menyebut namaMu...
sebelum mataku terlena...
pertama juga...
mengungkap namaMu...
setelah ku terjaga semula...

ALLAHU
izinkan hatiku berlari
menyahut panggilan Mu
tatkala azan berkumandang
tetap kumerangkak datang
biarpun tika ku kesakitan
kerana aku tidak rela
hidup dalam kerugian

DUHAI ALLAHKU...
izinkan bibirku...
basah membaca Quran Mu...
isinya segar sepanjang zaman...
kerana aku tak rela...
hidup dalam kebosanan...
bila hati jemu dengan kebenaran...

OH..DUHAI...ALLAHKU...
bantulah aku...
memiliki hati yang berperasaan...
hati yang merasai...
pentingnya mengekspresikan cinta...
kepada Tuhan...




sumber: Ustazah Fatimah Syarhah

:: renungi dengan mata hati, berfikir dengan akal kurniaan Illahi ::

Thursday, 19 September 2013

REDHA

, استغفر الله , استغفر الله ,استغفر الله




cuba untuk belajar redha menerima segalanya...



banyak perkara yang kita tak tahu..tak semua yang kita tengok dari luar sama macam apa yang ada kat dalam..

:: renungi dengan mata hati, berfikir dengan akal kurniaan Illahi ::

Tuesday, 17 September 2013

DAPAT TAK DAPAT

استغفر الله, استغفر الله, استغفر الله



dalam hidup kita tak semestinya semua perkara yang kita inginkan akan kita dapat..sebab semuanya dah diaturkan oleh Yang Maha Esa..

tapi...

ada juga perkara yang memang kita inginkan akan diberi tetapi mestilah dengan syarat kita berusaha bersungguh-sungguh dan selalu mohon kepada Allah agar kita diberikan apa yang kita inginkan..tetapi haruslah bersungguh-sungguh dalam berdoa dan lakukan itu hanyalah kerana Allah..niatkan agar perkara yang kita inginkan itu dapat membantu dalam agama Allah..kadang doa orang yang bersungguh-sungguh itu dapat mengubah takdir hidupnya dari tidak baik kepada yang lebih baik...

tapi..

jika Allah memang tidak mengizinkan kita mendapatkan sesuatu yang kita inginkan itu...memang kita tak akan dapat walaupun dengan air mata darah sekalipun..Allah itu lebih mengetahui apa yang tebaik buat hambanya..sentiasalah bersangka baik dengan Allah..jangan biarkan hati ini terus menerus menyalahkan takdir..sentiasalah berkomunikasi dngan Allah untuk menenangkan hati kita..
ALLAH ITU MAHA PENYAYANG KEPADA HAMBANYA..

*pesanan buat diri ini juga..*
:: renungi dengan mata hati, berfikir dengan akal kurniaan Illahi ::

Friday, 30 August 2013

HANYA TUHAN YANG TAHU

استغفر الله, استغفر الله, استغفر الله




Dapat tengok  gambar pun tak pe lah..biar Allah je yang tau kesedihan hati yang ditanggung ni..tak tau lah bila dapat pegi belaja kat sana..tapi kan, ada satu kata-kata ni..ALLAH AKAN BAGI SESUATU KEPADA HAMBANYA MENGIKUT APA SANGKAAN HAMBANYA..macam mana tu ye..kita nak mengharap tapi..wallahua'lam..(Allah lebih mengetahui).

so the conclusion is..kita belajarlah untuk menerima segala ketentuan yang Allah bagi dengan ikhlas serta redha..try to accept because we will find happiness..masa sekolah dulu..ada sorang akak senior bagi nasihat.."kalau nak berdoa..mintalah pada Allah agar diberi sesuatu yang terbaik di sisi-Nya"namanya K.Aisyah Siddiqah..nak tau sebab apa..sebabnya kalau kita dapat sesuatu yang terbaik tapi ia bukan sesuatu yang terbaik pada Allah , tak berguna juga..mohonlah sesuatu yang boleh kita mendapatkan keredhaan Allah..belajarlah untuk mencari keredhaan Allah..

Friday, 23 August 2013

TRY AND ERROR

استغفر الله, استغفر الله, استغفر الله



first time guna paint..boleh la ni..lepas ni dah boleh la umairah guna photoshop..minatnya lah dengan graphic design ni just tak de sokongan mak ayah je..tak pe lah boleh usaha sendr..peace yo..hehe

WE'RE MALAYSIAN ALWAYS SUPPORTED YOU DR.MORSI

استغفر الله, استغفر الله, استغفر الله




sama-samalah kita perbanyakkn berdoa untuk saudara2 seislam kita yang berada di Mesir,Syria,Palestin dan bnyk lg negara islam yg ditindas..kita mmg tak mampu nak menolong dr segi kudrat..tapi sekurang-kurangnya jgnlh kita lupa utk menitipkn doa untuk mereka agar mereka diberikan kekuatan untuk berjihad menentang musuh2 Allah..x susah mane pon dan tak lama mane pon..cuma dlm seminit dua je yg kita perlukan utk mengirimkan doa utk mereka...


             "PLEASE SEND OUR DU'A FOR THEM"


Sunday, 14 July 2013

BETUL KE CINTAKAN ALLAH?


استغفر الله, استغفر الله, استغفر الله






Hari rabu selalunya ramai anak muda akan pergi ke shopping complex sebab nak tengok wayang...ye lah hari rabu kan tiket free..termasuk la 2 orang rakan baik yang tak pernah terpisah ,,mereka adalah FAIZ dan FAIEZ a.k.a (PIZ),,nak kata kmbr tu tak lah,,memang susah nak berpisah lah diorang ni..nama pon sama cuma ejaan je yang berbeza..bak kata DIGI.."KAMI BUDDIES TAK AKAN TERPISAH"..hehe..punya lah seronok diorang ni nak pergi tengok wayang..katanye ada cerita best..



Habis dr tgok wyg..."eh bro, tadi kau bukan belum solat ke?..aku ni tengok kau jarang solat eak..bila kau nak solat bro? haa..umur makin berat..jangan nak mati baru nak solat bro..aku cuma pesan"..tanya faiz kepada faiez a.k.a (PIZ)..PIZ pun menjawab: "alaa..rilek la beb..kadang-kadang kita ni hanya pentingkan fizikal je..bagi aku lah kan..kalau hati kita tak ikhlas dan tak betul-betul cintakan Tuhan nak buat apa?"..FAIZ yang kebingungan dengan knyataan PIZ tu..bertanya lah semula.."habis nak cintakan Allah macam mana??..cecite sikit."..dengan yakin seyakinnya PIZ pun menjawab: "Yang penting hati kita ikhlas dan cintakan Allah dengan selalu mengingatinya, walau apapun yang kita buat..kalau sembahyang tapi hati tak khusyuk, lebih baik kita tak yah sembahyang, tapi hati ingatkan Tuhan.."...tergelak besar kalu kita yang dengar jawapan tu..betul tak??..nak dengar jawapan selanjutnya apa tak??..




rupanya FAIZ pun tergelak besar dengar hujah yang PIZ nyatakan..

FAIZ pun mengeluarkan hujahnya:..."Haaahh..eloklah macam tu..habis tu kalau nanti isteri kau cintakan kau, tapi dia tak nak tinggal serumah, tak nak masak, tak nak layan kau, tak nak turuti permintaan kau..tapi dia tetap isteri yang baiklah sebab dia cintakan kau di dalam hati..ataupun isteri kau ada hubungan dengan lelaki lain..dia tetap isteri yang baik selagi mana dia mencintai kau DI DALAM HATI.."...tercengang PIZ mendengar hujah  FAIZ.dengan perasaan yang tak puas hati dia membalas.."ehh..mana sama macam tu..itu dah kira isteri yang derhaka lagi nusyuz.."..


"eh, kenapa pulak tak boleh..kan dia mencintai di dalam hati..", terang FAIZ dan PIZ hanya diam membatu....


* * * * * * * * * * *

PENJELASAN:


Apa pandangan anda dengan kisah tersebut?



pelik sungguh dengan orang yang berfikiran seperti itu..mana taknya,,kita ambil hujah faiz..apakah waktu yang lebih indah bagi pasangan yang bercinta?..mestilah waktu mereka bersama...



bila pula waktu yang paling indah pada sesiapa yang mencintai Allah dan sedang bercinta dengan Allah??..mestilah waktu dia bertemu,berkomunikasi dan menyerahkan seluruh dirinya kepada Allah..betul tak? dan waktu itu adalah ketika kita sedang SOLAT..





* * * * * * * * * * *




selepas mendengar penjelasan dari sahabat baiknya PIZ pun menjadi seorang yang tidak pernah meninggalkan solatnya dan sentiasa mendekatkan dirinya kepada Allah..





* * TAMAT * *




INILAH TANDANYA ORANG YANG SEDANG BERCINTA DENGAN ALLAH..




#sekadar renungan bersama buat diri ini dan juga buat semua..
:: renungi dengan mata hati, berfikir dengan akal kurniaan Illahi ::

pemanis kata

SEMANGAT !!!!!

  • la tai'asu min rauhillah "Jangan berputus asa dengan rahmat Allah.
  • Tak sempuran iman seseorang mukmin sehingga dia mencintai Allah dan Rasul-NYA melebihi yang lain.
  • Perjuangan itu manis jika disertai dengan keimanan
  • A good friend are hard to find . So when we do find them we need to appreciate them.
  • Tanpa duri dan ranjau, kita tidak akan menghargai kejayaan.
  • Usaha tanpa tawakal itu sombong, tawakal tanpa usaha itu angan-angan kosong.
  • Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang, pencinta akhirat menangis kerana dunia yang datang.
  • Even if you are on the right track , you will get run over if you just stand there.
  • Selagi islam di hati kehidupn yang dijalani akan diberkati.
  • Pemimpin yang beriman akan memberi manfaat kepada rakyat.
  • Jangan pernah menunggu ucapan terima kasih daripada orang lain.
  • Berbuat baik kepada orang lain akan melapangkan dada kamu.
  • Ketahuilah bahawa kemenangan akan datang setelah kesabaran, Kelapangan akan datang setelah kesusahan dan setelah kesusahan pastI ada kemudahan.
  • Iman adalah kehidupan,ambllah madunya jangan rosakkan sarangnya.
  • Sentiasa setting niat , upgrade iman , download sabar , upload usaha , delete dosa , update doa , & topup ilmu , supaya dapat redeem pahala banyak-banyak.
  • Abu Sulaiman Al-Darani mengatakan mengenai kegembiraan yang kita rasa bersama sahabat baik kita.."Sesungguhnya aku suapkan sesuap makanan kepada temanku , maka aku memperoleh rasanya pada halkumku."
  • Do anything for everything.
  • Sebatang pokok yang tidak ditanam dengan sempurna , tidak akan menghasilkan buah yang sempurna.
  • Hidup dimulai dengan tangisan , dicelahi dengan tangisan dan diakhiri dengan tangisan.
  • Sifat orang bodoh ialah takut mengatakan tidak tahu.
  • Sifat berterus terang adalah sifat orang alim.
 ANDAINYA INI SOLAT SUBUH YANG TERAKHIR...      

Rasulullah S.A.W berpesan



"Solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat isyak dan solat fajar (subuh) . Andaiya mereka tahu apa yang ada dalam kedua-dua solat itu, nescaya mereka menghadirinya sekalipun dengan merangkak. Dan sesungguhnya, aku mahu menyuruh orang mengerjakan solat, kemudian aku perintahkan seseorang untuk mengimami mereka, lalu aku pergi bersma orang-orang dengan membawa kayu kepada orang yang tidak hadir melaksanakan solat. Kemudian aku bakar rumah-rumah mereka.."

                                                         

"Sesiapa yang mengerjakan solat syak secara berjemaah, maka ia seperti bangun setengah malan (untuk solat malam) dan sesiapa yang solat subuh secara berjemaah, maka ia seperti solat malam seluruhnya.."



                                           (Riwayat Muslim)



                                   

Wednesday, 10 July 2013

mencari cinta ILLAHI...

"Dalam pencarian atas nama keredhaan Illahi, kerinduan tetap menerjah di sanubari, kekal mengisi ruangan hati dalam menuju kehidupan yang kekal abadi."

Dalam kehidupan kita memang tak terlepas dari cinta. Setiap detik dan juga setiap hembusan nafas kita memerlukan cinta. Tipu kalau ada orang kata,"Aku mana penah bercinta,aku tak perlukan cinta dalam hidup"..semua tu hanya tipu belaka.Kerana kita hidup semuanya dsebabkan cinta Allah.Tanpa cintanya..kita tak akan boleh bernafas sehingga detik ini..


Tapi orang sekarang semuanya bergantung pada cinta manusia.Pernah tak terfikir untuk mencari cinta Allah..kalau kita hilang cinta manusia..wahh..bukan main meraung,menangis,melalak,segala me- lah..bagaikan nyawa sudah tiada disebabkan hlangnya cinta manusia..tidak dinafikan fitrahnya manusia ingin mencintai dan dicintai..tapi berikanlah selebihnya cnta kita itu hanya pada ALLAH..Cuba bayangkan kalau hidup manusia yang kehilangan cinta Allah..tak ke huru-hara hidupnya..bahkan tidak dijamin ketenangan hidupnya..kecuali dengan kembalinya dia kepada Penciptanya "ALLAH"..


BILA ADANYA CINTA ADALAH RINDU,BILA ADANYA RINDU MESTI INGIN BERTEMU..jika kita tanamkan rasa cinta kita kepada ALLAH sedalam-dalamnya,kita pasti rindu padaNYA..bila kita rindu padaNYA pasti kita ingin bertemu..Bertemu dengan Allah sebelum mati adalah dengan sentiasa bersujud padaNYA..


#tinta pesanan buat semua dan juga diri ini..