Sunday, 14 July 2013

BETUL KE CINTAKAN ALLAH?


استغفر الله, استغفر الله, استغفر الله






Hari rabu selalunya ramai anak muda akan pergi ke shopping complex sebab nak tengok wayang...ye lah hari rabu kan tiket free..termasuk la 2 orang rakan baik yang tak pernah terpisah ,,mereka adalah FAIZ dan FAIEZ a.k.a (PIZ),,nak kata kmbr tu tak lah,,memang susah nak berpisah lah diorang ni..nama pon sama cuma ejaan je yang berbeza..bak kata DIGI.."KAMI BUDDIES TAK AKAN TERPISAH"..hehe..punya lah seronok diorang ni nak pergi tengok wayang..katanye ada cerita best..



Habis dr tgok wyg..."eh bro, tadi kau bukan belum solat ke?..aku ni tengok kau jarang solat eak..bila kau nak solat bro? haa..umur makin berat..jangan nak mati baru nak solat bro..aku cuma pesan"..tanya faiz kepada faiez a.k.a (PIZ)..PIZ pun menjawab: "alaa..rilek la beb..kadang-kadang kita ni hanya pentingkan fizikal je..bagi aku lah kan..kalau hati kita tak ikhlas dan tak betul-betul cintakan Tuhan nak buat apa?"..FAIZ yang kebingungan dengan knyataan PIZ tu..bertanya lah semula.."habis nak cintakan Allah macam mana??..cecite sikit."..dengan yakin seyakinnya PIZ pun menjawab: "Yang penting hati kita ikhlas dan cintakan Allah dengan selalu mengingatinya, walau apapun yang kita buat..kalau sembahyang tapi hati tak khusyuk, lebih baik kita tak yah sembahyang, tapi hati ingatkan Tuhan.."...tergelak besar kalu kita yang dengar jawapan tu..betul tak??..nak dengar jawapan selanjutnya apa tak??..




rupanya FAIZ pun tergelak besar dengar hujah yang PIZ nyatakan..

FAIZ pun mengeluarkan hujahnya:..."Haaahh..eloklah macam tu..habis tu kalau nanti isteri kau cintakan kau, tapi dia tak nak tinggal serumah, tak nak masak, tak nak layan kau, tak nak turuti permintaan kau..tapi dia tetap isteri yang baiklah sebab dia cintakan kau di dalam hati..ataupun isteri kau ada hubungan dengan lelaki lain..dia tetap isteri yang baik selagi mana dia mencintai kau DI DALAM HATI.."...tercengang PIZ mendengar hujah  FAIZ.dengan perasaan yang tak puas hati dia membalas.."ehh..mana sama macam tu..itu dah kira isteri yang derhaka lagi nusyuz.."..


"eh, kenapa pulak tak boleh..kan dia mencintai di dalam hati..", terang FAIZ dan PIZ hanya diam membatu....


* * * * * * * * * * *

PENJELASAN:


Apa pandangan anda dengan kisah tersebut?



pelik sungguh dengan orang yang berfikiran seperti itu..mana taknya,,kita ambil hujah faiz..apakah waktu yang lebih indah bagi pasangan yang bercinta?..mestilah waktu mereka bersama...



bila pula waktu yang paling indah pada sesiapa yang mencintai Allah dan sedang bercinta dengan Allah??..mestilah waktu dia bertemu,berkomunikasi dan menyerahkan seluruh dirinya kepada Allah..betul tak? dan waktu itu adalah ketika kita sedang SOLAT..





* * * * * * * * * * *




selepas mendengar penjelasan dari sahabat baiknya PIZ pun menjadi seorang yang tidak pernah meninggalkan solatnya dan sentiasa mendekatkan dirinya kepada Allah..





* * TAMAT * *




INILAH TANDANYA ORANG YANG SEDANG BERCINTA DENGAN ALLAH..




#sekadar renungan bersama buat diri ini dan juga buat semua..
:: renungi dengan mata hati, berfikir dengan akal kurniaan Illahi ::

pemanis kata

SEMANGAT !!!!!

  • la tai'asu min rauhillah "Jangan berputus asa dengan rahmat Allah.
  • Tak sempuran iman seseorang mukmin sehingga dia mencintai Allah dan Rasul-NYA melebihi yang lain.
  • Perjuangan itu manis jika disertai dengan keimanan
  • A good friend are hard to find . So when we do find them we need to appreciate them.
  • Tanpa duri dan ranjau, kita tidak akan menghargai kejayaan.
  • Usaha tanpa tawakal itu sombong, tawakal tanpa usaha itu angan-angan kosong.
  • Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang, pencinta akhirat menangis kerana dunia yang datang.
  • Even if you are on the right track , you will get run over if you just stand there.
  • Selagi islam di hati kehidupn yang dijalani akan diberkati.
  • Pemimpin yang beriman akan memberi manfaat kepada rakyat.
  • Jangan pernah menunggu ucapan terima kasih daripada orang lain.
  • Berbuat baik kepada orang lain akan melapangkan dada kamu.
  • Ketahuilah bahawa kemenangan akan datang setelah kesabaran, Kelapangan akan datang setelah kesusahan dan setelah kesusahan pastI ada kemudahan.
  • Iman adalah kehidupan,ambllah madunya jangan rosakkan sarangnya.
  • Sentiasa setting niat , upgrade iman , download sabar , upload usaha , delete dosa , update doa , & topup ilmu , supaya dapat redeem pahala banyak-banyak.
  • Abu Sulaiman Al-Darani mengatakan mengenai kegembiraan yang kita rasa bersama sahabat baik kita.."Sesungguhnya aku suapkan sesuap makanan kepada temanku , maka aku memperoleh rasanya pada halkumku."
  • Do anything for everything.
  • Sebatang pokok yang tidak ditanam dengan sempurna , tidak akan menghasilkan buah yang sempurna.
  • Hidup dimulai dengan tangisan , dicelahi dengan tangisan dan diakhiri dengan tangisan.
  • Sifat orang bodoh ialah takut mengatakan tidak tahu.
  • Sifat berterus terang adalah sifat orang alim.
 ANDAINYA INI SOLAT SUBUH YANG TERAKHIR...      

Rasulullah S.A.W berpesan



"Solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat isyak dan solat fajar (subuh) . Andaiya mereka tahu apa yang ada dalam kedua-dua solat itu, nescaya mereka menghadirinya sekalipun dengan merangkak. Dan sesungguhnya, aku mahu menyuruh orang mengerjakan solat, kemudian aku perintahkan seseorang untuk mengimami mereka, lalu aku pergi bersma orang-orang dengan membawa kayu kepada orang yang tidak hadir melaksanakan solat. Kemudian aku bakar rumah-rumah mereka.."

                                                         

"Sesiapa yang mengerjakan solat syak secara berjemaah, maka ia seperti bangun setengah malan (untuk solat malam) dan sesiapa yang solat subuh secara berjemaah, maka ia seperti solat malam seluruhnya.."



                                           (Riwayat Muslim)



                                   

Wednesday, 10 July 2013

mencari cinta ILLAHI...

"Dalam pencarian atas nama keredhaan Illahi, kerinduan tetap menerjah di sanubari, kekal mengisi ruangan hati dalam menuju kehidupan yang kekal abadi."

Dalam kehidupan kita memang tak terlepas dari cinta. Setiap detik dan juga setiap hembusan nafas kita memerlukan cinta. Tipu kalau ada orang kata,"Aku mana penah bercinta,aku tak perlukan cinta dalam hidup"..semua tu hanya tipu belaka.Kerana kita hidup semuanya dsebabkan cinta Allah.Tanpa cintanya..kita tak akan boleh bernafas sehingga detik ini..


Tapi orang sekarang semuanya bergantung pada cinta manusia.Pernah tak terfikir untuk mencari cinta Allah..kalau kita hilang cinta manusia..wahh..bukan main meraung,menangis,melalak,segala me- lah..bagaikan nyawa sudah tiada disebabkan hlangnya cinta manusia..tidak dinafikan fitrahnya manusia ingin mencintai dan dicintai..tapi berikanlah selebihnya cnta kita itu hanya pada ALLAH..Cuba bayangkan kalau hidup manusia yang kehilangan cinta Allah..tak ke huru-hara hidupnya..bahkan tidak dijamin ketenangan hidupnya..kecuali dengan kembalinya dia kepada Penciptanya "ALLAH"..


BILA ADANYA CINTA ADALAH RINDU,BILA ADANYA RINDU MESTI INGIN BERTEMU..jika kita tanamkan rasa cinta kita kepada ALLAH sedalam-dalamnya,kita pasti rindu padaNYA..bila kita rindu padaNYA pasti kita ingin bertemu..Bertemu dengan Allah sebelum mati adalah dengan sentiasa bersujud padaNYA..


#tinta pesanan buat semua dan juga diri ini..