Sunday, 14 July 2013

BETUL KE CINTAKAN ALLAH?


استغفر الله, استغفر الله, استغفر الله






Hari rabu selalunya ramai anak muda akan pergi ke shopping complex sebab nak tengok wayang...ye lah hari rabu kan tiket free..termasuk la 2 orang rakan baik yang tak pernah terpisah ,,mereka adalah FAIZ dan FAIEZ a.k.a (PIZ),,nak kata kmbr tu tak lah,,memang susah nak berpisah lah diorang ni..nama pon sama cuma ejaan je yang berbeza..bak kata DIGI.."KAMI BUDDIES TAK AKAN TERPISAH"..hehe..punya lah seronok diorang ni nak pergi tengok wayang..katanye ada cerita best..



Habis dr tgok wyg..."eh bro, tadi kau bukan belum solat ke?..aku ni tengok kau jarang solat eak..bila kau nak solat bro? haa..umur makin berat..jangan nak mati baru nak solat bro..aku cuma pesan"..tanya faiz kepada faiez a.k.a (PIZ)..PIZ pun menjawab: "alaa..rilek la beb..kadang-kadang kita ni hanya pentingkan fizikal je..bagi aku lah kan..kalau hati kita tak ikhlas dan tak betul-betul cintakan Tuhan nak buat apa?"..FAIZ yang kebingungan dengan knyataan PIZ tu..bertanya lah semula.."habis nak cintakan Allah macam mana??..cecite sikit."..dengan yakin seyakinnya PIZ pun menjawab: "Yang penting hati kita ikhlas dan cintakan Allah dengan selalu mengingatinya, walau apapun yang kita buat..kalau sembahyang tapi hati tak khusyuk, lebih baik kita tak yah sembahyang, tapi hati ingatkan Tuhan.."...tergelak besar kalu kita yang dengar jawapan tu..betul tak??..nak dengar jawapan selanjutnya apa tak??..




rupanya FAIZ pun tergelak besar dengar hujah yang PIZ nyatakan..

FAIZ pun mengeluarkan hujahnya:..."Haaahh..eloklah macam tu..habis tu kalau nanti isteri kau cintakan kau, tapi dia tak nak tinggal serumah, tak nak masak, tak nak layan kau, tak nak turuti permintaan kau..tapi dia tetap isteri yang baiklah sebab dia cintakan kau di dalam hati..ataupun isteri kau ada hubungan dengan lelaki lain..dia tetap isteri yang baik selagi mana dia mencintai kau DI DALAM HATI.."...tercengang PIZ mendengar hujah  FAIZ.dengan perasaan yang tak puas hati dia membalas.."ehh..mana sama macam tu..itu dah kira isteri yang derhaka lagi nusyuz.."..


"eh, kenapa pulak tak boleh..kan dia mencintai di dalam hati..", terang FAIZ dan PIZ hanya diam membatu....


* * * * * * * * * * *

PENJELASAN:


Apa pandangan anda dengan kisah tersebut?



pelik sungguh dengan orang yang berfikiran seperti itu..mana taknya,,kita ambil hujah faiz..apakah waktu yang lebih indah bagi pasangan yang bercinta?..mestilah waktu mereka bersama...



bila pula waktu yang paling indah pada sesiapa yang mencintai Allah dan sedang bercinta dengan Allah??..mestilah waktu dia bertemu,berkomunikasi dan menyerahkan seluruh dirinya kepada Allah..betul tak? dan waktu itu adalah ketika kita sedang SOLAT..





* * * * * * * * * * *




selepas mendengar penjelasan dari sahabat baiknya PIZ pun menjadi seorang yang tidak pernah meninggalkan solatnya dan sentiasa mendekatkan dirinya kepada Allah..





* * TAMAT * *




INILAH TANDANYA ORANG YANG SEDANG BERCINTA DENGAN ALLAH..




#sekadar renungan bersama buat diri ini dan juga buat semua..
:: renungi dengan mata hati, berfikir dengan akal kurniaan Illahi ::

No comments:

Post a Comment