"Ya Allah, Tuhanku, bantulah hamba-Mu dalam mendidik jiwa ini.."
Kdng2 sushnya nak bangun solat malam,sedekah, berbakti kepada ibu bapa,baca Quran walaupun satu muka surat..sntiasa bercakap benar... Betul tak??
macam tu jugaklah kita nak tinggalkan maksiat..
Mungkin dah terlalu banyak maksiat yang dah bergunung kita lakukan sampaikan kita susah sangat nak buat amal soleh..Sepatutnya kita tanya pada diri kita ni.."أسأل نفسنا" "kenapa susah sangat aku nak buat kebaikan???"
Sebenarnya Allah ada jawab dalam firman-Nya surah Al-baqarah ayat 45 yang bermaksud "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat kecuali bagi orang yang khusyuk"..
Kalau kita buat dengan khusyuk mesti senang nak tinggalkan maksiat , senang nak buat amal kebajikan and always brsikap tenang dalam melakukan segala sesuatu apatah lagi bila musibah menimpa diri..kita akan rasa nikmatnya musibah yang datang kat kita..bukan senang je mnjadi nikmat malahan musibah juga mnjadi satu nikmat yang mana kita akan lebih merasai kemanisan iman yang prnh hilng dr diri kita..
tapi yang menjadi masalhnya.....macam mana kita nak khusyuk!!! Betul tak???
Allah ada lagi bagi jawapannya pada ayat selepasnya surah al-Baqarah ayat 46..
yang bermaksud " mereka yang yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan-Nya, dan mereka akan kembali kepadanya.."
Jalan keredhaan Allah hanya dibuka kepada mereka yang benar2 ingin mujahadah keluar dari penjara dan juga kekangan nafsu yang sentiasa membelenggu diri mereka..
Allah berfirman dalam surah Al-Ankabut ayat 69 yang bermaksud : " Dan orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami , Kami akan tunjuk kepada mereka jalan2 Kami . Dan Allah bersama orang2 yang berbuat baik.."
Mohonlah pada Allah agar dianugerahkan sifat2 seperti sifatnya Rasulullah SAW..dan mohonlah kepada Allah agar diberi hati yang suci dan baru walaupun ketika itu kita sudah tidak mempunyai hati. Mohonlah kepada Allah agar tidak membolak-balikkan hati ini selepas diberi hidayah.
***RENUNGI DENGAN MATA HATI, BERFIKIR DENGAN AKAL KURNIAAN ILLAHI***

No comments:
Post a Comment